Monday, March 21, 2011

Travel-Jom Jogja 1



salam semua,

rasanya mmg la dah saya tak menulis,idea datang mencurah2 tapi tak sempat almaklum lah kesibukan kerja yang kadang kala membataskan 'kerajinan' saya ..akan tetapi saya akan cuba mencari masa untuk berkongsi apa yang saya tahu..just wanna share kikikiki..salah ker..ni kan blong saya suker hati la nak tulis apa pun kikiki..
pada 11hb lepas saya ke Jogja menaiki Air asia,pada pukul 8.30pg mengantuk pon tak habis lagi tido yang tidak cukup membuatkan saya penat hingga kan tertido dlm flight..terima kasih kepada kak noni kerana sudi mgntar saya dgn Mida ke LCCT .kami berdua sudah lama merancang untuk ke sana dari tahun lepas lagi..ni la masa saat dan ketika yang ditunggu2.

sampai di sana lebih kkurang pukul 12.30 di lapangan terbang Adi Sumarto,solo..debaran dan keseronokkan kami bermula denagan menantikan Tourist Guide Yg bernama Pak Nizam mana la tau kot2 tak datang huh! Dalam 15 minit menunggu Pak Nizam pun muncul..kami disapa dengan ramah sekali oleh beliau..beliau suka bercakap dan suka bercerita dan cukup sporting..bertuah nya kami ..berbaloi2 jugak s la usaha Mida mencari dlm Forum di internet..dan sebelum ini pun Midai hanya berhubung melalui Fb untuk deal tentang service yang di kenakan oleh Pak Nizam.Kawan saya ni Mida mmg pandai bab2 gini saya serahkan semuanya kat dia kerana saya Bz ..Bz… memanjang..sediakan duit cukup daa…la..

selama empat hari yang mengasyikan kami berdua mexplore jogja..ermhh..bersyukur saya kerana berkesempatan untuk memjejaki tempat ini,Terima kasih Allah kerana memberi umur yg panjang peluang demi peluang kepada saya..Mengembara ke Negara orang memberi pengalaman sgt significant keatas diri saya..saya berpeluang mengenali culture,makanan,sikap dan peribadi penduduk disini ternyata apa yang saya dapat bawa pulang ialah pengalaman yang susah untuk diceritakan ttapi saya akan cuba..kerana persepsi saya kepada ‘Indonesia ‘selama ini turut berubah…

Dieng Plateau

Antara tempat2 yang saya lawati ialah Solo,Candi Borubodur,Dieng Plateau,Jogjakarta…Tempat yang paling saya suka ialah Dieng Plateau,saya rasa mau aja tinggal disini..suasananya hijau..udaranya yg bersih mendamaikan jiwa…baguskan kalo pegi honeymoon kat sini..owh indah sekali..saya mmg gemar melihat kehijauan dan keindahan alam..dan kagum melihat ciptaan Allah..Subhanallah Maha suci Allah sesungguhnya tiada sia2 dgn apa yang diciptakannya..rendu rendu nak bertandang kembali ke sini…seawall pkol 3 pagi saya bangun untuk ke Dieng Plateau singgah solat Subuh pada pukul 5 pagi di masjid..sejuk sungguh udara di sini..terima kasih pak Nizam kerana sanggup melayan permintaan kami..walaupun saya tahu..pak Nizam demam ketika itu…perjalannan mengambil masa lebih kurang 4 jam wow..lama tapi tidak menjemukan sepanjang perjalanan kami melihat kiri kanan semuanya pokok hijau..alangkah damai nya hati… semasa perjalanan ke Jawa Tengah singgah sebentar ke pekan Wonosobo..pergh..chantek2!! minum kopi untuk sarapan pagi..keramahan penduduk disini membuatkan diri saya sbg orang luar sgt2 dihargai..soalan demi soalan terpacul dimulut apabila saya mgatakan saya dari Malaysia….sikap menghargai pelancong or easy state ’ambik cakno’ membuatkan mereka dgn saya amat mesra..walaupon tak sampai 15 minit berbual siap boleh bergurau senda lagi tue..

.........to be continue....

0 comments: