Thursday, November 10, 2011

Cuti Eid Adha 2011

salam semua,
Amat jarang sekali meluangkan masa bersama-sama anak saudara,sepupu sepapat kecuali la ada cuti raya yang panjang.Eid Adha tahun ini saya pulang beraya ke New Castle,walaupon terpaksa mengambil masa yang singkat untuk bercuti ..namun puas kerana dapat bekumpul dengan adik beradik.








Tuesday, October 11, 2011

Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
... 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Monday, October 10, 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah... disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].See More
‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya 2011



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin....

Dari Saya,
Nurhana Bt Abd.Wahab

Sunday, July 17, 2011

Hidup kena plan....

SALAM SEMUA,

Berchatting dengan C'Za saya ..saya begitu 'ralit 'sekali..almaklumlah ari ini kan cuti tak emana2 boleh la berchit-chat dgn kawan saya.dia baru ajer pulang dari Mekah menunaikan UMRAH rasanya bulan depan saya nak bbuka puasa dengan dia la..planning..planning..Insyaalah.bulan depan saya akan turun ke KL kerana ada Exam di Niosh..tak baca buku lagi tapi berangan nak Lulus dengan cemerlang heheh..chatting boleh dikatakan lama jugaks..bercerita tentang kehidupan,masa depan..planning masa depan..terselit jugaks la pasal kawan2 lama masa diploma di Arau dulu,ada yang involve dlm bisness,jadi cikgu menukar kerjaya,pegawai kerajaan dan ada yg menjadi suri rumah sepenuh masa pon ada jugaks.
zaman sekarang mmg la ..money is priority...segala2nya duit,sekiranya tidak berduit siapa yang nak pandang.Justeru itu,mengambil keputusan untuk berhenti kerja..kadangkala itu bukan keputusan yang tepat, kebanyakkan itu hanya la jangka masa yang pendek sahaja memangla senang, tetapi untuk jangka masa yang lama..saya katakan kurang bijak dan kurang cerdik,lainla..jika anda bersuami kaya yang mempunyai harta yg bertimbun2..bergaji 20k sebulan anda mmg layak untuk tidak mjadi suri rumah sepenuh masa...(ini hanya pendapat sy)dan sekiranya suami meninggal dunia siapa la yg akan mengalas tanggung jawab kalau bukan kita wanita.Jadi sebagai wanita kita hendakla mempunyai ekononi yang yang bagus,bekerja n pendidikan..itu wajib..untuk hidup dizaman sekarang..erhm..erhm pendapat saya la .Jika kita hanya bergantung harap pada lelaki sahaja ,suami akan hilang respect pada kita..ya lah mana taknya..hari2 kita mintak duit,bila kita bekerja sendiri ada duit ..sedikit sebnyak dapat meringankan beban suami..sekaligus kita dapat la membeli apa yang kita mahu.cuba perhatikan cara suri rumah yang duduk dirumah bila keluar mesti nampak pelik kan bila bergaya compare dgn wanita yang bkerja..dari pakaian kita dapat tahu da..'cara 'itu lain..maafla jika saya ni keterlaluan tetapi saya hanyalah memberi pandangan saya pandai2 fikir ..apa yang saya lihat dan saya perhatikan berdasarkan pgalaman saya,ummi saya dahulunya bekerja dan kini suri rumah sepenuh masa dan dia menasihatkan saya 'Kak,walaubgamana sekalipun jangan berhenti kerja".InsyAllah Ummi...;-)

Saturday, April 23, 2011

Saya Malu...

salam semua,

saya begitu lama menyepi...entah la rasa malas nak menulis dek kesibukan kerja membataskan saya untuk memblog,tapi mengapa pada kali ini saya begitu beria2 jugak untuk menekan keyboard.ada cerita yg perlu dikongsikan bersama...cerita saya..bukan cerita orang lain pon..tetapi hanya untuk saya merenung balik setiap kesalahan dan kekesilapan saya...sesungguhnya saya ni hamba yang kurang bersyukur..saya akui..bertemu dengan rakan saya via FB saya tak menduga..ia memang kawan lama walaupon bukan kawan rapat saya saya cukup kenali dia ..perempuan yang lembut,bijak dan pemalu..masa belaja diploma dulu cukup excellent pointer mesti kepala 3.00 bukan macam saya cukup makan tu kira ok lah..dia terus menyambung belaja ke degree di Shah Alam namun saya bertungkus lumus bekerja(cari pengalaman la katakan)..dalam masa bekerja 5thn ,hampir dua tahun saya mengisi borang blaja tapi GAGAL..entahla saya ni selalu ketinggalan dr orang lain..dan akhirnya thn 2006 saya berjaya masuk ke Uitm.Di sana saya struggle lagi bersaing dgn dgn budak2 muda..kawan2 yang sama batch dgn saya semuanya dah bkerja..saya masih lagi dikelilingi dgn buku2..dan akhirnya degree saya dpt habiskan on time.Alhamdulilah..syukur.
Berbalik pada kawan saya nie..akibat putus cinta dgn si B(ia juga kwn saya) mungkin frust..or apa sy pon tak tau sb saya tak penah mgalamiderita frust tunggeng..seakan2 fobia dgn cinta kot.Dia terus blik kampung ermmmermm ,so bila bkerja di kampung gaji tak segah mana macam kat KL ..tapi tak apa sb nak mlupakan masalah silam dia..(kata dia la).Masa bbual dgn dia cukup panjang ..dia mceritakan masalah kerja dia kepada saya ..mmg sukar bila bkerja dgn org especially Chinese..memamng la BIAS.politik ditempat kerja mana2 pun ada..akan tetapi sekiranya kwan saya itu mmembuat keputusan berhenti kerja hanyalah base pada emosi dan tak fikir inilah impak yang diterimanya hari ini.

Kadang2 saya terfir memang saya selalu lambat dari org lain...akan ttapi Allah itu Maha Penyayang dia beri juga yang saya pinta.Saya selalu pikir mahu berhenti..berhenti..bhenti..disebabkan workload..bias bosan dgn BOS saya..ttpi sepatutnya saya bsyukur bahawa org lain punya masalah lagi berat n besar jika di bandingkan saya..saya tak ada masalah kewangan dan di sini saya bole saving macam2..Mulai hari ini,..tiada istilah BERHENTI KERJA dlm hidup saya..saya kena Optimistik..pada Allah S.W.T dan optimis dalam kerjaya saya ..untuk menjadi engineer semua org boleh jadi masuk universiti ambik degree..tapi untuk menjadi "a quality engineer"..sy kena bermula dari bawah dan saya yakin insyaalah Allah tak akan sia2 doa hambanya yang berusaha...saya akui kelemahan diri saya ini ya Allah..lemah nya saya kerana saya selalu lupa kasih sayangNya..saya MALU..

Monday, March 21, 2011

Travel-Jom Jogja 1



salam semua,

rasanya mmg la dah saya tak menulis,idea datang mencurah2 tapi tak sempat almaklum lah kesibukan kerja yang kadang kala membataskan 'kerajinan' saya ..akan tetapi saya akan cuba mencari masa untuk berkongsi apa yang saya tahu..just wanna share kikikiki..salah ker..ni kan blong saya suker hati la nak tulis apa pun kikiki..
pada 11hb lepas saya ke Jogja menaiki Air asia,pada pukul 8.30pg mengantuk pon tak habis lagi tido yang tidak cukup membuatkan saya penat hingga kan tertido dlm flight..terima kasih kepada kak noni kerana sudi mgntar saya dgn Mida ke LCCT .kami berdua sudah lama merancang untuk ke sana dari tahun lepas lagi..ni la masa saat dan ketika yang ditunggu2.

sampai di sana lebih kkurang pukul 12.30 di lapangan terbang Adi Sumarto,solo..debaran dan keseronokkan kami bermula denagan menantikan Tourist Guide Yg bernama Pak Nizam mana la tau kot2 tak datang huh! Dalam 15 minit menunggu Pak Nizam pun muncul..kami disapa dengan ramah sekali oleh beliau..beliau suka bercakap dan suka bercerita dan cukup sporting..bertuah nya kami ..berbaloi2 jugak s la usaha Mida mencari dlm Forum di internet..dan sebelum ini pun Midai hanya berhubung melalui Fb untuk deal tentang service yang di kenakan oleh Pak Nizam.Kawan saya ni Mida mmg pandai bab2 gini saya serahkan semuanya kat dia kerana saya Bz ..Bz… memanjang..sediakan duit cukup daa…la..

selama empat hari yang mengasyikan kami berdua mexplore jogja..ermhh..bersyukur saya kerana berkesempatan untuk memjejaki tempat ini,Terima kasih Allah kerana memberi umur yg panjang peluang demi peluang kepada saya..Mengembara ke Negara orang memberi pengalaman sgt significant keatas diri saya..saya berpeluang mengenali culture,makanan,sikap dan peribadi penduduk disini ternyata apa yang saya dapat bawa pulang ialah pengalaman yang susah untuk diceritakan ttapi saya akan cuba..kerana persepsi saya kepada ‘Indonesia ‘selama ini turut berubah…

Dieng Plateau

Antara tempat2 yang saya lawati ialah Solo,Candi Borubodur,Dieng Plateau,Jogjakarta…Tempat yang paling saya suka ialah Dieng Plateau,saya rasa mau aja tinggal disini..suasananya hijau..udaranya yg bersih mendamaikan jiwa…baguskan kalo pegi honeymoon kat sini..owh indah sekali..saya mmg gemar melihat kehijauan dan keindahan alam..dan kagum melihat ciptaan Allah..Subhanallah Maha suci Allah sesungguhnya tiada sia2 dgn apa yang diciptakannya..rendu rendu nak bertandang kembali ke sini…seawall pkol 3 pagi saya bangun untuk ke Dieng Plateau singgah solat Subuh pada pukul 5 pagi di masjid..sejuk sungguh udara di sini..terima kasih pak Nizam kerana sanggup melayan permintaan kami..walaupun saya tahu..pak Nizam demam ketika itu…perjalannan mengambil masa lebih kurang 4 jam wow..lama tapi tidak menjemukan sepanjang perjalanan kami melihat kiri kanan semuanya pokok hijau..alangkah damai nya hati… semasa perjalanan ke Jawa Tengah singgah sebentar ke pekan Wonosobo..pergh..chantek2!! minum kopi untuk sarapan pagi..keramahan penduduk disini membuatkan diri saya sbg orang luar sgt2 dihargai..soalan demi soalan terpacul dimulut apabila saya mgatakan saya dari Malaysia….sikap menghargai pelancong or easy state ’ambik cakno’ membuatkan mereka dgn saya amat mesra..walaupon tak sampai 15 minit berbual siap boleh bergurau senda lagi tue..

.........to be continue....